BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum

Jam Dunia

Selasa, 18 Ogos 2009

untuk lelaki sahaja

UNTUK LELAKI SAHAJA
POLIGAMI MENURUT CARA RASULLULLAH S.A.W.Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya. Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda s.a.w. romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri Baginda s.a.w. berkumpul dihadapan Baginda s.a.w. lalu bertanya "Siapakah diantara mereka (isteri-isteri) yang paling disayangi". Rasulullah s.a.w hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian." Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah s.a.w. telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri Baginda s.a.w. sebentuk cincin. Baginda s.a.w. berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri -isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah s.a.w., lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri Baginda s.a.w. tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing. Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.SUAMI YANG DAYUSSemakin memuncaknya kemajuan dunia, semakin meningkatlah jumlah manusia yang terlibat dalam kancah kemaksiatan. Rata-rata manusia hari ini berlumba-lumba mengejar kemewahan materialistik, pangkat dan nama. Bagi mereka itulah tiket kebahagiaan dan kepuasan hidup. Tidak peliklah bila si isteri sama-sama berganding bahu dengan suami di luar rumah. Secara automitik melibatkan diri dengan dunia sosial yang terpaksa lincah ke sana ke mari.Ada setengah suami yang bangga bila isterinya aktif berkecimpung di dalam berbagai pertubuhan luar, alasannya untuk menambahkan amal jariah. Apa yang sedih, perlaksanaannya berlawanan dengan syariat dan bercampur aduk pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram.Kadang-kadang, untuk menenangkan fikiran dan menyihatkan badan, mereka sanggup meluangkan masa keluar bermain tennis atau berjogging suami isteri. Bertukar-tukar pasangan merupakan suatu perkara yang lumrah bagi mereka. Isteri si A dengan suami si B, suami si B dengan isteri si A dalam satu gelanggang. Hinanya mereka ini kerana langsung tidak ada perasaan cemburu, lebih menyedihkan lagi bila aurat terdedah sesama sendiri. Ada juga suami yang bangga bila isterinya dapat berkenalan atau berdamping rapat dengan orang-orang ternama.Sayang seribu kali sayang. Dayuslah seorang suami yang bersifat begini. Kemanakah dicampakkan sifat "gentleman" yang Allah s.w.t. kurniakan itu? Isteri bukannya barang dagangan yang boleh diperagakan ke sana sini. Sekiranya pasangan suami isteri itu hadir di dalam sesuatu majlis kemudian dibiarkan isterinya bergaul bebas dengan lelaki lain, tunggulah! Ancaman dan balasan dari Allah s.w.t amat pedih sekali. Adalah mereka itu di dalam laknat Allah Taala, Rasul dan malaikat-Nya sehingga dia kembali ke rumah. Sebuah peringatan dari Rasulullah s.a.w bemaksud:"Barangsiapa memenuhi akan matanya dengan memandang yang haram nescaya memenuhi Allah Taala akan matanya itu daripada bara api neraka."Sebenarnya seorang isteri itu tidak ada masa hendak berhibur hati mencari ketenangan dengan mengadakan persatuan itu dan ini yang belum tentu terjamin berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Lainlah, isteri pergi ke majlis kuliah-kuliah fardhu ain, majlis tahlil atau hal-hal bersangkutan dengan rumahtangga di mana boleh menambahkan keimanan dan kecintaan kita terhadap Allah s.w.t, Rasul dan keluarga. Berazam mendidik anak-anak supaya menjadi soleh dan solehah. Rasulullah s.a.w. berbangga dengan umat wanitanya yang taat kepada suami mereka. Allah s.w.t suka kepada tiga perkara iaitu:1. Mata yang menangis kerana Allah s.w.t..2. Orang yang berjaga malam kerana berjihad kepada Allah s.w.t.3. Isteri-isteri yang solehah.Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang bermaksud:"Telah meminta ampun bagi segala perempuan yang mengikut perintah suaminya oleh segala burung yang terbang di udara dan ikan di air dan segala malaikat yang di langit dan matahari dan bulan selama perempuan itu di dalam keredhaan suami."Dapatlah kita fahami bahawa sekelian makhluk di dunia ini sentiasa bertasbih dan berdoa supaya isteri-isteri yang mentaati suami itu menjadi wanita yang solehah bakal penghuni syurga-syurga. Imam Ghazali r.a ada berkata:"Apabila keluar segala perempuan maka sayugia dia memejamkan matanya dari melihat akan sekelian lelaki ajnabi."

0 ulasan:

Chatting